Monday, January 10, 2011

Tahun 2011 Banyak perubahan besar

Tahun ini 2011, perubahan telah berlaku. Hanya tinggal 2 orang sahaja guru yang memegang sijil KPM/Intel mengajar di kelas 2 Arif iaitu Pn Siti Hafesah dan En Osmanizam. Saya selaku penyelaras pun tidak lagi mengajar kat kelas 2 Arif lagi. Pentadbir mahu saya dan unit ICT melatih rakan2 baru yang mengajar di kelas ini.
Seperti tahun lepas, setiap subjek perlu menyediakan fortfolio dlm 3 bentuk persembahan iaitu powerpoint, brochure dan web site. Tahun ini pihak ICT amat berharap persembahan pelajar dipelbagaikan dan tidak hanya fokus kepada bentuk powerpoint sahaja. Keceriaan dan prasarana juga harap dapat dijaga dengan baik oleh pelajar kelas ini dibimbing oleh guru tingkatan mereka En Izuan Shah. Oleh kerana tenaga pengajar yang berbeza tahun ini, diharap topik2 yg dipilih dapat dipelbagaikan.