Monday, January 10, 2011

Tahun 2011 Banyak perubahan besar

Tahun ini 2011, perubahan telah berlaku. Hanya tinggal 2 orang sahaja guru yang memegang sijil KPM/Intel mengajar di kelas 2 Arif iaitu Pn Siti Hafesah dan En Osmanizam. Saya selaku penyelaras pun tidak lagi mengajar kat kelas 2 Arif lagi. Pentadbir mahu saya dan unit ICT melatih rakan2 baru yang mengajar di kelas ini.
Seperti tahun lepas, setiap subjek perlu menyediakan fortfolio dlm 3 bentuk persembahan iaitu powerpoint, brochure dan web site. Tahun ini pihak ICT amat berharap persembahan pelajar dipelbagaikan dan tidak hanya fokus kepada bentuk powerpoint sahaja. Keceriaan dan prasarana juga harap dapat dijaga dengan baik oleh pelajar kelas ini dibimbing oleh guru tingkatan mereka En Izuan Shah. Oleh kerana tenaga pengajar yang berbeza tahun ini, diharap topik2 yg dipilih dapat dipelbagaikan.

Wednesday, November 10, 2010

CONTOH PERSEMBAHAN PELAJAR 2 ARIF TAHUN 2010











Di atas ini adalah contoh terbaik yang telah dipilh daripada 8 kumpulan Matematik.
Pelajar cuba mengaitkan topik coordinates dengan pengiraan jarak satu tempat ke tempat lain di atas peta menggunakan teorem Pythagoras. Di peta yang sama, titik tengah bagi ke 2 titik di atas peta diperolehi.

















Sunday, July 11, 2010

CONTOH PENGGUNAAN WEB

HASIL KERJA MENGGUNAKAN PUBLISHER

Hasil kerja pelajar membuat latihan bagi subjek Sejarah. pelajar membuat kerja menggunakan publisher.

Tuesday, May 11, 2010

Contoh Teacher Support


Student Publication for Mathematics, and History.Ini adalah contoh bahan guru untuk dijadikan panduan bagi pelajar. Persembahan powerpoint ini adalah untuk subjek Matematik topik Coordinates.